KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2010



Pada 6 dan 7 Mac yang lalu bertempat di Pusat Latihan Ko-Kurikulum Universiti Darul Iman (UDM) telah berlangsung Kursus Kepimpinan Pengawas 2010.

Matlamat kursus selama dua hari ini ialah untuk membina satu organisasi kepimpinan pengawas sekolah yang berdaya saing dan mempunyai kemahiran dalam membendung salah laku pelajar.Selain daripada itu peranan pengawas ini juga dalam mewujudkan budaya sekolah yang harmoni dan membentuk role model dalam pembentukan suasana sekolah yang kondusif dan berdayang saing.

Selain itu kursus ini diharapkan mampu :

1. Meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan bidang-bidang tugas pengawas.
2. Memahami dan menguasai kemahiran kepimpinan dan berupaya mempratikkannya dalam
melaksanakan tugas masing-masingMemahami dan menguasai teknik-teknik gaya
kepimpinan dan kemahiran-kemahiran dalam memimpin.
3. Membina daya dorongan dan kekuatan untuk membentuk budaya saling membantu, hormat
menghormati dan role model dalam pembentukan budaya sekolah yang penyayang.
4. Meningkatkan minat dan membina sahsiah diri yang utuh dan mulia.

Selama dua hari berlangsungnya kursus ini, lebih 5 slot modul kepimpinan berjaya diikendalikan oleh Kaunselor- Kaunselor dari Unit Bimbingan dan Kaunseling STEMZA, guru-guru dan dua orang mantan pengawas sesi 2009.

Foto sepanjang Program:

0 comments:

Post a Comment